//super awesome !
empunyaBLOG

klik gambar ye ? :)



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello ! Klik X jika ANNOYING , Klik FOLLOW jika Suka :) Thanks viewed !


SHOUT OUT LOUD




Daisypath Anniversary tickers




SAHABAT SELAMANYA

Saturday 13 April 2013





Sahabat… mereka sentiasa berada disamping kita di kala jatuh dan bangun. Mereka sentiasa disisi kita di saat susah dan senang. Mereka yang menjadi kekuatan kita di saat kita hampir rebah. Mereka menjadi sumber inspirasi kita di kala kita ketandusan idea. Mereka sentiasa menyokong apa jua keputusan yang kita ambil. Mereka akan sentiasa menegur kita untuk berubah ke arah kebaikan. Mereka akan memberikan nasihat dikala kita memerlukan. Apa apa pun, bukan mudah untuk mencari sahabat yg begitu SETIA.

Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah.

Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benua. Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak.Insya'Allah.

Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.

Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan.InsyaAllah.Satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.

Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka, mata menangis.Ketika mata menangis, tanganlah yang menghapuskannya.Dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.

Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

Sahabat,Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

Sahabat,Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.

Sahabat,Persahabatan yang akrab tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematiaan.

Sahabat,jika kamu bersahabat bersiap sedialah untuk berkorban demi sahabat kamu itu.Jika kamu bermusuhan dengan sahabat mu bersiap sedialah untuk mengalah demi persahabatan kalian.

Sahabat,Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pepasir dipantai, Tetapi teman yang satu adalah mutiara diantara pepasir itu.

Sahabat,Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya,kerana kemungkinan satu kekurangan darinya,kau mungkin akan menjauhinya.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitu jugak kes aku dgn kawan2 aku skrg. Tinggal lg beberapa jam, beberapa minit dan beberapa saat lg untuk kami bersama. Selepas ni hampir 7 bulan kami terpisah buad sementara waktu. Kerana masing masing mempunyai tanggungjawab  yang perlu digalas untuk menjalani kod AT401 iaitu Industrial Training. Sayu rasa hati ni bila nak meninggalkan rakan rakan seperjuangan, sahabat yg selama ni jatuh bangun, menangis, ketawa bersama. Semestinya aku akn merindui kalian, wahai sahabat. Asam garam dlm setiap perhubungan yg kita jalinkan pasti ada yg serba kekurangan. Kadang kadang terkecil hati, termakan hati, terasa hati dan seangkatan dgn TER2 yg lain. Yalahhh, kita semua manusia biasa yg tidak terlepas dpd melakukan kesalahan. Kita bukan malaikat. Bercinta biar satu tetapi berkawan biar beribu. Betul? Terima Kasih kepada sesiapa yg sudi menjadi sahabat aku. J Diharap kalian dpt menerima diri aku seadanya. Dan aku harap persahabatan yg kita jalinkan ni akan berkekalan buad selama lamanya. InsyaAllah. Amin. Semoga Allah memberkati hubungan ini. Jika kita ikhlas berkawan dgn sesiapa pun tak kira kawan kita org berada mahupun susah, bandar ataupun kampung, anak Sultan mahupun anak driver lori, perjalanan hidup kita akn lebih diredhai Allah. InsyaAllah. J


That’s oll. Thank kiuuu. :)