//super awesome !
empunyaBLOG

klik gambar ye ? :)



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello ! Klik X jika ANNOYING , Klik FOLLOW jika Suka :) Thanks viewed !


SHOUT OUT LOUD




Daisypath Anniversary tickers




Hati Yang Kau Sakiti...

Tuesday 12/03/2013

Assalamualaikum.....




Bukan ku pinta lahir ke dunia tetapi aku dicipta untuk lahir di dunia. Hati yg suci dilahirkan dengan sebaik baik kejadian tetapi hati  suci itu telah dinodai dengan sebaik baik kejadian yg Allah berikan  di atas muka bumi ini. Hati ini terlalu sensitif untuk aku melahirkan perasaan sama ada marah,benci,suka,sayang mahupun cinta. Hati terlalu misteri untuk aku terokai. Apabila kita diciptakan hati maka terbitlah perasaan. Perasaan itulah yg menguasai hati kita sepenuhnya.Tetapi akal yg menguasai diri kita. Bukan mudah untuk aku terus menjaga mahupun memelihara hati yg suci ini. Terlalu banyak dugaan yg perlu aku tempuhi di dunia ini. Betul, mulut boleh berbohong mahupun menidakkan tapi tidak hati. Hati yg diciptakan oleh Allah kepada aku adalah bukan untuk disakiti apatah lagi dilukai. Tidak ada sesiapapun yg berhak untuk menyakiti hati aku.Perasaan yg Allah lahirkan untuk aku begitu tinngi nilainya.Aku tidak tahu dimanakah salah dan silap aku sehinggakan ada insan insan yg sanggup menyakiti dan melukai hati aku? Dan aku juga tidak mengerti mengapa hati aku PERLU disakiti dan dilukai. Adakah ini balasan terhadap aku kerana pernah menyakiti dan melukai hati sesiapa yg bernama manusia? Astaghfirullahhala’zim. Sungguh, aku tidak pernah terlintas untuk menyakiti dan melukai hati sesiapa. Tapi siapalah aku? Aku hanya manusia biasa yg tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Aku sedar…… Bukan mudah utk merawat hati yg telah terluka. Luka itu mungkin boleh sembuh tetapi parut yg tertinggal adalah begitu perit untuk aku terima. Lagi perit apabila luka lama berdarah kembali. Bukan ku pinta untuk KAU limpahkan aku dgn harta benda mahupun kemewahan. Aku hanya mahukan kasih sayang yg KAU curahkan. Bukan ku pinta untuk KAU mengucapkan kata kata manis, tetapi KEJUJURAN yg aku cari. Bukan janji janji manis yg aku mahukan, tetapi  KEIKHLASAN yg aku pinta. Adakah begitu sukar untuk KAU penuhi apa yg aku mahukan?  Kenapa dan Mengapa KAU perlu menyakiti dan melukai hati aku? Dimanakah silap dan dosa aku terhadap ENGKAU wahai Sang Makhluk Allah? Adakah KAU berasa puas dan bangga kerana telah berjaya menyakiti dan melukai hati aku? Jika YA jawapan KAU, TERIMA KASIH YG TIDAK TERHINGGA AKU UCAPKAN. SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA PERBUATAN KAU TERHADAP AKU. AKU MASIH LAGI MAMPU TERSENYUM WALAUPUN TELAH BERJUTA KALI KAU MENYAKITI DAN MELUKAI HATI AKU. Aku anggap semua ini adalah dugaan daripada Allah untuk menguji hambaNya. Segala yg kurang itu daripada aku dan yg baik itu semuaNya daripada Allah. Ampunkan setiap salah dan silap aku jika aku pernah menyakiti dan melukai hati sesiapa yg pernah mengenali diri aku. Diharap kalian dapat memaafkan diri ini.

Yang Disakiti,
Jihan Azizan