Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada
awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih
muda. Alhamdulillah.
Ada beberapa pesanan
ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh
Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !!
Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau
sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap
individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu
kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar
dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita,
walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai
persamaan.
Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda:
"Wahai sekalian
pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah
makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka
berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih
menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu
adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)
Ada ulamak hadis menyatakan bahawa istilah
"pemuda-pemuda" di situ ditekankan sebagai galakan agar disegerakan
perkahwinan pada umur yang masih muda (ada ulamak yang menyatakan sebelum umur
40 tahun, dan ada yang menyatakan 25 tahun dan pelbagai lagi tafsiran ulamak).
Di sini, dinyatakan beberapa situasi yang perlu diambil perhatian,
sebelum membuat keputusan, tanpa menuding orang lain, tepuk dada, tanya hati
dan iman!
Pertama: Mereka yang tidak
mengalami gelodak jiwa, dan mampu menahannya (samada dengan berpuasa, ataupun
boleh mengawal fikirannya dengan sebaik mungkin), maka golongan ini adalah
dinasihatkan terus fokus kepada apa yang dilakukan seperti belajar, bekerjaya dan
sebagainya. Dalam masa yang sama sentiasa bermohon kepada ALlah agar segala
urusan dipermudahkan di dunia dan di akhirat.
Kedua: Mereka yang "merasakan" dirinya dapat menahan semua itu,
tetapi dalam masa yang sama sibuk melakukan pelbagai maksiat (berhubungan bebas
dengan bukan mahram), golongan ini sepatutnya mencari
jalan keluar dari
hal ini, sama ada menghalalkan perhubungan dengan pernikahan atau memutuskan
hubungan agar hidup lebih diberkati. Lakukan ini kerana taqwa kepada Allah
insyaAllah pasti ada jalannya.
Ketiga: Mereka yang tidak dapat
lagi menahan diri, mereka telah cuba, tetapi hati mereka tetap tidak tenang,
fokus hilang, hanya terasa ingin kahwin sahaja, tetapi masih mampu menghalang
diri daripada maksiat-maksiat, maka golongan ini juga disyorkan agar mencari
jalan terbaik dan mohon petunjuk Istikharah daripada Allah, mengadu selalu
kepada Allah, jika telah ada calon yang sesuai, bersegeralah untuk halalkan
dengan cara terbaik, tekadkan dalam diri bahawa "aku lakukan ini kerana
Taqwa", tingkatkan prestasi diri
melalui persiapan dari segenap segi, semoga jalan yang dipilih itu paling
diberkati!
Firman Allah SW
"sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya).
(Surah at-Talaq ayat 2)
Melalui tiga situasi ini, difahami bahawa masing-masing ada AQAL
untuk menilai diri sendiri, di situasi mana dirinya berada! dan jika perlu
berbincanglah sebaiknya dengan mereka yang lebih tua (hormati pandangan
mereka), atau sesiapa sahaja yang berpengalaman (yang boleh dipercayai). Apa
sahaja pilihan kita, janganlah sampai tersalah menilai seseorang melalui sudut
kacamata diri kita (itu merupakan satu kesalahan besar), lantas menghukum org
itu, lebih teruk maka terkeluarlah perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya
kepada saudara kita sesama Islam.
"Gatal sangat dah ke,
sampai perlu kahwin masa belajar!!",
"Belajarlah bagi selesai
dahulu!!",
"Aku boleh fokus, takkan
dia tak boleh, saja je tu nak kahwin awal!" dan macam-macam lagi.
Sepatutnya, adalah lebih baik kita cuba memandang dari sudut
kacamata orang tersebut, mungkin ada kejernihannya, dan pelbagai perkataan yang
menyakitkan hati itu mungkin tidak akan keluar, memadailah pesanan Rasulullah
SAW sebagai peringatan:
"Orang Islam itu ialah
individu yang orang-orang Islam selamat daripada lisannya (kata-kata
kesat/mengumpat) dan tangannya (kezalimannya)".
(Hadis Riwayat al-Bukhariy : 6484)
Secara kesimpulannya,
pegangan utama kita adalah Taqwa kepada ALLAH,
jika kita mampu mengelakkan maksiat, dan mampu menahan diri, bahkan mampu fokus
tanpa memikirkan hal-hal kahwin semasa belajar, maka teruskanlah, dan jangan
lupa berdoa untuk mendapat kemudahan/kejayaan dunia dan akhirat (termasuklah
perkara-perkara jodoh).
Manakala jika kita tidak mampu menghalang diri, telah bergelumang
dengan hubungan bukan mahram (terutama yang telah mempunyai seseorang yang
istimewa), persiapkan diri (dari segala segi), cari jalan untuk segera
menghalalkannya, ataupun pilih jalan untuk menjauhkan diri dulu dari semua itu.
Ingatlah! Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak,
fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan
sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau
masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik
dari sisiNYA, dan setiap taqdirNYA itu dirangkaikan dengan keredaannya
semata-mata..
Satu analogi untuk seseorg yang bersedia ke arah cinta halal atau
yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nahkoda, apa yang penting pada mulanya adalah
persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat
dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersbut, seterusnya, nahkoda juga
perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu
teknikel yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam
bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua dan yang
pasti setiap bahtera berlainan nahkoda dan berlainan lautan menjanjikan
pelbagai peristiwa/dugaan yg bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan
ilmu-ilmu yang telah dilengkapi sebelum ini.."
"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan
dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan
keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang
menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu
menjadi realiti.."
Wallah Hu a'lam.
Nantikan entry aku seterusnya dalam kahwin part II.
xoxoD