Kahwin Part II
THURSDAY 14/03/2013
Assalamualaikum semua. Aku taknak melalut terlalu banyak and aku just nak straight to the point jee. Aku nak sambung topik pasal kahwin dlm entry aku ni. So, sebelum kita nak kahwin tuu, kita perlu laa fikir terlebih dahulu baik buruk, tujuan, motif, matlamat dan seangkatan dgnnya dalam alam berumah tangga ni.
Ketika kita membuat nekad
untuk berkahwin, wajarlah kita membuat keputusan dengan beberapa 'purpose' atau
tujuan. Adalah mustahil seseorang yang bangun pagi tiba-tiba terkedu;
'eh nak kahwin laa hari nih'.
'Kahwin hari ni, nak buat ape
ye..?'
Sesungguhnya kahwin bukan lah untuk sehari dua, tetapi untuk
seumur hidup. Pasangan yang akan kita bawa insyaAllah destinasinya adalah
hingga ke syurga. Dari pasangan itulah kita sempurnakan fitrah kehidupan kita.
Memenuhi tuntutan nafsu yang dihalalkan agama untuk zuriat yang mendoakan kita
apabila kita sudah meninggal dunia nanti. Jadi, kita mesti ada alasan yang
kukuh kenapa kita hendak berkahwin, dan kenapa kita perlu berkahwin.
Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang signifikannya adalah
bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup, tuntutan fitrah manusia, sebagai
kesinambungan generasi, tuntutan sunnah nabi dan sebagainya. Namun setiap
manusia pastilah mempunyai 'alasan tersendiri' mengapa dia ingin berkahwin dan
perlu kepada sebuah perkahwinan.
'Ingin Berkahwin Vs Perlu
Berkahwin'
Ingin dan perlunya kepada sebuah perkahwinan adalah dua perkara
yang berbeza. Semua orang ingin berkahwin, tetapi inginkan sebuah perkahwinan
bukanlah menunjukkan kepada perlunya sebuah perkahwinan. Analoginya umpama
mengapa kita terasa ingin untuk makan? Sudah tentulah kita ingin makan mungkin
adalah kerana kita berasa lapar, aatau kerana makanan yang kita lihat itu
terasa sedap atau kerana makanan tersebut adalah makanan kegemaran kita. Namun,
apabila kita mempersoalkan mengapa kita perlu makan, maka jawapan yang paling
tepat ialah kita perlu untuk makan untuk hidup.
Maka seharusnya perlu bijak berfikir dan membezakan dengan betul,
kenapa kita ingin berkahwin dan kenapa kita perlu berkahwin.
Apabila kita ingin berkahwin, selalunya kita akan cenderung kepada
memikirkan perkara-perkara yang lebih kepada keseronokan dan menarik sahaja di
dalam perkahwinan. Justeru, tidak lah mustahil orang yang memikirkan hanya
'ingin berkahwin' mudah untuk kalah di dalam mengawal nafsu dan pertimbangan
rasionalnya mudah dikaburi. Umpama seseorang yang ingin berkahwin untuk
suka-suka atau sebab sangat-sangat cintakan si dia, maka demikianlah juga
'perjalanan' perkahwinan yang bakal dihadapi nanti, akan lebih ke arah
keseronokan semata-mata.
Namun, seseorang yang memikirkan perlunya berkahwin, pemikirannya
lebih bermatlamat, matang dan halatujunya kepada sebuah perkahwinan. Walaupun
kadangkala fikirannya tersasar ke arah 'nafsu' namun ianya dapat dilandaskan
semula kepada matlamat perkahwinan itu sendiri. Dengan adanya pemikiran
yang bermatlamat, akan membawa kepada siapa yang wajar untuk kita kahwini.
Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Suami
manakah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarga kita nanti.
Bersedia Vs Belum Bersedia
Ramai yang akan bertanya, adakah umur dalam 20-an itu terlalu muda
untuk berkahwin? Jika era ini, mungkin ramai yang akan berpendapat usia dalam
20-an itu adalah terlalu muda untuk sebuah perkahwinan. Jika ditanya kepada
generasi veteran, mungkin ada yang berpendapat dengan berkahwin dalam
lingkungan umur demikian agak sedikit 'terlewat', dan mungkin ada juga yang
berpendapat ianya umur yang sesuai untuk berkahwin.
Apapun, berkahwin muda atau tidak bukanlah suatu perkara yang
perlu dipanjang-panjangkan kerana awal atau lambat adalah termasuk di dalam
taqdir seseorang hamba tersebut. Ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT dan
telah pun tertulis sejak azali lagi. Persoalannya adalah sama ada seseorang itu
terlah bersedia atau belum untuk menuju fasa seterusnya.
Sekiranya seseorang itu
memilih untuk berkahwin pada usia muda, maka seharusnya memikirkan dengan
mendalam persoalan mengapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Jika sekiranya
perkara tersebut tidak difikirkan sebaik mungkin ianya adalah tindakan tidak
matang dikala usia muda. Sebagai contoh ingin berkahwin kerana 'Impulsive behaviour' atau 'external
pressure' saat
melihat sahabat-sahabat yang lain telah berkahwin seorang demi seorang
sorang demi sorang kahwin (terutamanya muslimat).
Kesimpulannya, jika kita melangkah ke fasa seterusnya, dari bujang
kepada hidup berumah tangga maka perlulah ditanyakan diri sendiri mengapa
perlunya kita berkahwin. Hadamkan lah soalan untuk kita fikirkan, kenapa
perlunya perkahwinan itu berlaku. Sesungguhnya, dalam lautan manusia di bumi
Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja.
Tidak bosan kah? Tidak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama
saban hari selama bertahun-tahun. Mungkin persoalan itu bakal terjawab bila
sudah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Mungkin itulah kuasa cinta yang
disandarkan kepada Allah yang perlu dirungkai dialam perkahwinan nanti. Dan
itulah hikmah penciptaan Allah.
" Dan diantara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,
supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya
diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Surah ar-Ruum ayat 21)
Semoga Allah mengurniakan sebuah rumah tangga yang penuh keberkatan,
bersama isteri dan anak-anak yang soleh.
"Dan hamba-hamba yang
beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami
dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan
orang-orang yang muttaqin."
(Surah al-Furqan ayat 74)
Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk anda semua. :)
xoxoD