PETUA MENCARI LELAKI YANG BAIK :)
Saturday 23 March 2013
Assalamualaikum, selamat pagi
uolls. Bangun bangun bangun ! Anak dara tak elok tido sampai tengah hari lah.
Nanti susah nak dapat rezki. Jgn igt anak dara jee yg teruna pun sama ! Yg anak
dara tu rajin rajin lah tolong mak dkt dapur tu. Kesian mak sorg2 masak tu haa.
Korg sedap je bangun tido terus nak makan. “mak masak apa hari ni?” “ini je?” Dahl
ah bangun lambat, banyak songeh pulak tuu. Haiii, apa nak jadi dgn anak dara
zaman skrg? Terlalu dimanjakan. Ekceli semua tu aku cakap dkt diri aku sendiri.
Kahh3 ! Peaceee ^.^ Hari ni aku ada benda sikit nak share dgn korg semua
especially utk gadis gadis Melayu terakhir dkt luar sana tu. Haaaa, apa dia?
Bacalah ! J
Setiap wanita
inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun
begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan dalam mencari seorang lelaki
yang baik ini? Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.
1. Yang
berkemampuan.
2. Boleh dijadikan
sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan
kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia
rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan
hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga
darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami
yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang
mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali
la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika
suami-suami ini terlalai.
4. Berkebolehan di
dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan
membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan
isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh
kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila
suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan
anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini
bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh
sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin,
berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah
ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan
titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada
keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi
bahasa mulia.
Diharapkan dengan
petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan
sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan
yang kekal selamanya. InsyaAllah…
Pernah dengar tak, perempuan yg baik diciptakan utk lelaki yg baik, manakala perempuan yg kurang baik diciptakan utk lelaki yg kurang baik? Begitulah jugak sebaliknya. Tapi, kalau perempuan yg kurang baik diciptakan utk lelaki yg sama sepertinya, bagaimana dia nak memberikan peluang utk dirinya berubah ke arah kebaikan jika tidak ada yg membimbing? Perempuan seperti itu memerlukan bimbingan dan dorongan yg telus. Yg pasti semua yg terjadi pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segala segalanya. Segala yg baik itu drpd Allah SWT dah segala yg kurang itu dtg drpd diri saya sendiri. :)
XOXOD